Wednesday, August 24, 2011

NAK MAMPOS CEPAT?





Anda mungkin juga meminati:

10 Keretapi Paling Laju Di Dunia

Kereta api merupakan pengangkutan awam yang sangat terkenal dan disukai ramai sejak zaman dahulu lagi. Mungkin kerana kos tambang yang rendah bagi sesetengah negara dan kita mampu untuk sampai ke destinasi dengan kadar yang segera. Kali ini kita kongsikan senarai top 10 negara yang mempunyai kereta api paling pantas di dunia.


10) Russia



Kereta Api: Siemens Velaro RUS
Kelajuan: 175 mph
Kapasiti: 600 penumpang

Kereta api paling pantas di Rusia ini ada di laluan Moscow – St. Petersburg dan mula diperkenalkan pada Disember 2009. Jentera buatan Jerman ini boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 155 batu sejam tetapi telah berjaya mencecah kelajuan sehingga 175 batu sejam dalam satu ujian pada tahun 2009.


9) Taiwan



Kereta Api: THSR 700T
Kelajuan: 186 mph
Kapasiti: 989 penumpang

Projek kereta api kelajuan tinggi di Taiwan menelan belanja sebanyak $1.8 billion dan merupakan projek kereta api dengan biayaan persendirian terbesar di dunia. Ia telah berjaya menyingkatkan perjalanan dari northern capital of Taipei ke southern city of Kaohsiung yang sebelum ini memakan masa 4.5 jam menjadi hanya 90 minit.



8) Korea Selatan



Kereta Api: KTX-I
Kelajuan: 190 mph
Kapasiti: 965 penumpang

Kereta api berkelajuan tinggi di Korea Selatan diberi nama Korea Train Express (KTX) membawa lebih 100 ribu orang penumpang setiap hari ke sesuah destinasi. Ia telah diperkenalkan pada tahun 2004 dan berjaya memendekkan masa perjalanan Capital Seoul ke Bandar Perlabuhan Busan menjadi 2 jam 45 minit, separuh daripada masa yang diperlukan sebelum ini.


7) United Kingdom



Kereta Api: Eurostar 3313/14
Kelajuan: 208 mph
Kapasiti: 750 penumpang

Mula beroperasi pada 1994 dan menghubungkan England dengan bandar-bandar di France dan Belgium melalui terowong laluan bawah tanah yang dikelani sebagai “Chunnel”. Dengan lebih 27 keretapi ia menghubungkan lebih 100 destinasi seluruh Eropah dan telah menjangkau penumpang ke 100 juta pada 2009. Ia telah mencatatkan record kereta api terlaju di Britain dengan kelajuan 208 batu sejam pada tahun 2003, memadamkan rekod awal pada tahun 1979.


6) Itali



Kereta Api: ETR 500 Frecciarossa
Kelajuan: 225 mph
Kapasiti: 590 penumpang

ETR 500 ini adalah kereta api paling pantas di Itali dan telah mencatatkan rekod kelajuan 225 batu sejam pada tahun 2009 dalam perjalanan dari Florence ke Bologna. Walaupun demikian, tidak ramai yang gembira dengan kemampuan kereta api ini. Terdapat yang membangkang dengan menyatakan kereta api ini akan merosakkan persekitarannya dan pembinaan landasan itu boleh membebaskan bahan kimia yang merbahaya.


5) Sepanyol



Kereta Api: AVE Class 103
Kelajuan: 251 mph
Kapasiti: 404 penumpang

Sepanyol mempunyai rangkaian kereta api paling panjang di Eropah dengan jarak landasan 3,433 batu. AVE Class 103 dibina oleh Siemens dan telah mencatatkan rekod kelajuan 251 batu sejam pada tahun 2007. Ia berjaya mengurangkan masa perjalanan dari Madrid ke Lisbon, Portugal dari 9 jam kepada 2 jam 45 minit. Sepanyol telah mengehadkan hadlaju maksimum untuk kereta api komersial menjadi 186 mph untuk tujuan keselamatan.


4) Jerman



Kereta Api: Transrapid TR-07
Kelajuan: 270.3 mph
Kapasiti: Masih dalam ujian

Jerman adalah antara pelopor teknologi kereta api kelajuan tinggi di dunia. Ia juga merupakan tanah kelahiran syarikat Siemens. Walaupun teknologi kereta api magnetik dibangunkan di Jerman ia tidak pernah dikomersialkan. Teknologi tersebut mempunyai banyak kelemahan termasuklah kos yang tinggi dan kemalangan yang mengorbankan 25 nyawa semasa ujian pada tahun 2006.


3) China



Kereta Api:
CRH380AL
Kelajuan: 302 mph
Kapasiti: 600 penumpang

China mempunyai jaringan kereta api kelajuan tinggi paling panjang di dunia dengan jarak melebihi 6,000 batu. Jaringan kereta api kelajuan tinggi di China baru bermula pada tahun 2007 dan telah mendapat sejumlah 40.6 juta penumpang pada 2 tahun pertama. Pihak kerajaan berharap agar dapat memperluaskan lagi jaringan kereta apiberkelajuan tinggi sehingga 28, 000 batu menjelang hujung tahun 2015.


2) Perancis



Kereta Api: TGV V150
Kelajuan: 357 mph
Kapasiti: Masih dalam ujian

TGV V150 telah mencatatkan rekod kelajuan 357 mph pada tahun 2007 dan telah menjadi kereta api ke dua terlaju di dunia. Teknologi TGV telah digunakan dalam kereta api di kebanyakkan negara di Eropah termasuklah UK, Belgium, Belanda dan Jerman.


1) Jepun



Kereta Api: JR-Maglev MLX01
Kelajuan: 361 mph
Kapasiti: Masih dalam ujian

Jepun merupakan peneraju dalam teknologi kereta api kelajuan tinggi, dan telah membuka landasan kereta api kelajuan tinggi pertama di dunia pada tahun 1964. Jepun memulakan perkhidmatan kereta api kelajuan tinggi dengan memperkenalkan Tokaido Shinkansen “bullet train” yang mempu mencapai kelajuan sehingga 160mph dan telah menjadi jaringan kereta api paling sibuk di dunia, 378 000 penumpang setiap hari.

Kereta Api Maglev telah mula dibangunkan pada tahun 1970an. Pihak kerajaan telah meluluskan plan yang menelan belanja sebanyak $112 billion yang menghubungkan Tokyo, Nagoya dan Osaka yang dijangka siap pada tahun 2027. JR-Maglev MLX01 yang masih lagi dalam ujian telah memecahkan rekod dan menjadi kereta api paling pantas di dunia pada tahun 2003.

Tuesday, August 23, 2011

Sejarah Pen Dakwat

Siapa pencipta pen dakwat?



Ketika menggunakan pen untuk menulis atau mencatat sesuatu, pernahkah anda terfikir tentang sejarah alat tulis tersebut?

Sebenarnya, terdapat pelbagai jenis alat penulisan telah dicipta sejak beberapa tahun dahulu. John Scheffer merupakan individu terawal yang memperkenalkan pen separuh bulu dan separuh logam pada tahun 1819.

Sehingga pada tahun 1884, pen dakwat pertama telah dicipta oleh seorang jurujual insurans, Lewis Waterman. Menerusi pengenalan itu, Waterman telah mencipta lubang pada penghujung mata pen yang akan berhubung terus dengan dakwat.

Bahagian pengeluaran dakwat pada hujung mata pen pula akan berfungsi mengawal aliran dakwat dari tempat simpanannya.

Terdapat ruang bulat pada pen tersebut yang berperanan menyimpan dan mengeluarkan dakwat untuk menulis.

Menjelan tahun 1915, kebanyakan pen berubah kepada pengisian dakwat secara sendiri menerusi penyerap getah mudah lentur.

Sejarah Jambatan Pulau Pinang

Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia. Ia adalah sepanjang 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Ia menghubungkan Lebuhraya Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan tanah besar semenanjung di Seberang Prai.

Ia bermula daripada idea mantan Ketua Menteri Pulau Pinang kedua, Tun Dr. Lim Chong Eu.

Cetusan itu dilahirkan setelah beliau berpendapat sebuah jambatan perlu didirikan bagi menghubungkan Pulau Pinang dan Butterworth di tanah besar sekitar tahun 1950-an.
Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan ia memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (''cable-stayed bridge'') yang terawal di dunia. Ia mula dibuka pada 14 September 1985 untuk kenderaan awam. Panjang keseluruhan jambatan Pulau Pinang adalah 13.5 Km, yang menjadikannya antara jambatan terpanjang di dunia. Sebelum tahun 1985, Pengangkutan utama untuk pergi ke pulau ialah feri yang masih beroperasi sehingga sekarang.




1) Panjang keseluruhan: 13.5 km (8.4 batu)
2) Panjang melintasi air: 8.4 km (5.2 batu)
3) Laluan Pulau Pinang: 1.5 km (1.0 batu)
4) Laluan Seberang Prai: 3.6 km (2.2 batu)
5) Laluan: 4 Laluan (6 laluan pada sekarang)
6) Tinggi menara dari aras air: 101.5 Meter
7) Tinggi jambatan dari aras air: 33 Meter
8) Gantungan utama: 225 Meter
9) Gantungan hujung: 107.5 Meter
10)Gantungan lain: 40 Meter
11)Had laju: 80 km/j





Tarikh-tarikh Penting :

Awal 1970 an - Tun Abdul Razak mencadangkan pembinaan jambatan bg menghubungkan Seberang Perai dgn Pulau Pinang.

Akhir 1970 an - Tun Hussein Onn merancang utk membinanya.

23 Julai 1981 - Menteri Kerja Raya, S Samy Vellu mengumumkan jambatan Pulau Pinang akan mengikut konsep Jambatan San Fransisco Golden Gate.

Tahun 1982 - Pembinaan bermula.

3 Ogos 1985 - Perasmian oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

14 Sept 1985 - Pembukaan rasmi jambatan kepada kenderaan awam.



Sewaktu dalam pembinaan


Kerja-kerja pembinaan jambatan Pulau Pinang mengambil masa empat tahun.


Perdana Menteri, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Kerja Raya bersama pasangan masing-masing sewaktu perasmian.


Hanya sekali dalam sejarah, majlis makan malam diadakan di atas Jambatan Pulau Pinang.


Beberapa hari sebelum Jambatan Pulau Pinang dibuka kepada kenderaan awam melaluinya untuk pertama kali pada 1985, orang ramai telah diberi peluang untuk berjalan di atas jambatan sepanjang 13.5 km itu. Ia satu peluang istimewa yang mungkin tidak akan berulang lagi, dan oleh kerana jambatan itu suatu binaan yang mengagumkan ketika itu, beribu-ribu orang mengambil peluang tersebut.




Pada 13 April 1985, sebuah jambatan sepanjang 13.5 kilometer (km) dengan empat menara di bahagian tengahnya yang terletak 33 meter dari paras laut siap dibina.

Kerja-kerja pembinaannya hanya mengambil masa selama empat tahun dengan peruntukan sebanyak RM850 juta daripada Kerajaan Persekutuan.

Ilham seni rekaan jambatan tersebut datangnya daripada anak tempatan yang merupakan seorang pakar dalam bidang kejuruteraan geoteknikal dan merupakan bekas Pemangku Naib Canselor Universiti Malaya (UM) pada tahun 1960-an.

Berasal dari Nibong Tebal, mendiang Profesor Tan Sri Ir. Chin Fung Kee berjaya meluahkan ilham inovatifnya dengan menggunakan rekaan seismik bagi menghalang binaan jambatan daripada runtuh apabila berlaku gempa bumi.

Reka bentuk jambatan tersebut dilakukan dengan menggunakan kaedah gelegar konkrit. Kaedah itu menggunakan kabel penahan seperti yang terdapat pada jambatan Golden Gate Bridge di San Fransisco, Amerika Syarikat (AS) dan bukannya kaedah tambatan keluli yang digunakan dalam pembinaan Sydney Harbour Bridge.

Dari segi fakta kejuruteraan, cerucuk yang digunakan bagi membina jambatan tersebut adalah sepanjang 648 km yang bersamaan jarak dari Butterworth ke Johor Bahru.

Uniknya, jambatan tersebut mampu menahan kesan gempa bumi sehingga berukuran 7.5 skala Richter manakala keseluruhan jambatan tersebut panjangnya 13.5 km, dengan 8.4 km daripada jambatan berada di atas paras laut.


Tun Mahathir menyeberangi Jambatan Pulau Pinang dengan kereta Proton Saga merah pada majlis perasmiannya 3 Ogos 1985.

GANJARAN PENGORBANAN ISTERI & IBU


i. PAHALA WANITA MENGANDUNG

Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 kejahatan.

ii. PAHALA WANITA BERSALIN

Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

iii. KELEBIHAN MELAHIRKAN ANAK

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

iv. KELEBIHAN MEYUSUKAN ANAK

Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

v. PAHALA MEMELIHARA ANAK

Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberikannya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

vi. GANJARAN MENOLONG SUAMI

Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya.

vii. GANJARAN WANITA SOLEHAH

Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

viii. GANJARAN MENTAATI SUAMI

Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang di kehendaki dengan tidak berhisab.

ix. KELEBIHAN SEORANG IBU

Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

NOTA HUJUNG:

Allahu Akbar! Demikianlah ganjaran yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. bagi mereka yang ikhlas melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dengan hati yang terbuka. Sekiranya, seseorang isteri dan ibu itu tahu betapa besarnya ganjaran pahala yang akan diterima kelak, sudah pasti tidak akan ada perbuatan membuang bayi, membunuh bayi dan sebagainya. Anak merupakan amanah Allah dan saham kita di alam akhirat kelak.


Kepada para suami dan anak-anak, sedar dan fahamilah pengorbanan seorang isteri dan ibu dalam menjalani kehidupan seharian, justeru, sebagai suami dan anak-anak marilah sama-sama kita bertekad untuk meringankan tangan untuk membantu mereka tanpa diminta. Berilah penghargaan dalam bentuk material atau hadiah kepada mereka atau paling tidak, luahkan penghargaan dalam bentuk kata-kata, sikap dan belaian mesra.

Mereka ini tidak menuntut bayaran sesen pun daripada suami mahupun anak-anak bagi kerja-kerja yang dibuat oleh mereka, namun balasan Allah s.w.t. adalah ganjaran yang paling berharga.

Hukuman Mati : SOMALIA STYLE! (8 Gambar)

 Gambar-gambar dibawaj ialah gambar execution beberapa orang tentera yang didapati bersalah merompak dan membunuh orang awam di Somalia. In Somalia they dont give you chances. One strike and AK47 for you fools! If you think this is brutal... korang kena tengok hukuman rejam PENZINA di Somalia. LAGI NSFW!



Laporan asal DailyMail

Sunday, August 21, 2011

Menara Tertinggi Di Dunia -Tower Jeddah



Rekaan Kingdom Tower Jeddah Ditunjukkan (10 Gambar)



Masih ingat berita Kingdom Tower aku paparkan berbulan dulu? Akhirnya rekaan muktamad bakal bangunan dan substitute for a giant penis ini diperlihatkan kepada media. Ianya berketinggian dalam lingkungan 1000 meter. Aku katakan lingkungan kerana ketinggian akhir menara ini masih dirahsiakan. Dengan keluasan 570 0000 meter persegi, Kingdom Tower bakal menempatkanHotel Four Season, Condo Mewah ,pejabat mewah dan pusat membeli belah mewah. Kos pembinaannya juga MEWAH iaitu USD 1.2 Billion. Perbelanjaan pembinaan menara ini sertaKingdom City (bernilai sekitar USD 20 Billion) akan ditanggung oleh Putera Alwaleed bin Talal. Kingdom Tower akan mempunyai pelantar melihat tertinggi didunia. Pelantar terbuka ini bakal memberikan pemandangan Kingdom City dan laut merah. Secara total 59 buah lif dua tingkatbakal dipasang pada menara ini. Jika anda menaikinya, perjalanan dari tingkat bawah ke atas akan mengambil masa 12 minit! FFUUU! Bila ianya siap kelakBurj Khalifa yang "hanya" berketinggian828 meter akan menjadi UNTA PUTIH di Dubai. Tahukah anda hanya 75 dari 900 apartmenmewah di Burj Khalifa terjual sehingga sekarang? I gotta laugh at this stupidity!




Laporan asal Andrian Smith and Gordon Gill

SUNWAY LAGOON VERSI BAJET

Boleh buat kat Rumah je klau mcmni....


CARA MENGELAK UNDI RAHSIA ANDA DIKETAHUI PIHAK PEMERINTAH


Kepada semua rakyat Malaysia


Selama ini aku dengar ramai Cikgu, Polis , Askar dan kakitangan kerajaan TAKUT nak undi pembangkang kerana kata mereka;

"Undi aku boleh dikesan. Kalu aku undi parti lain nahas aku"

Aku lama juga terfikir camne depa detect undian yang sepatutnya rahsia. Didalam video dibawah segala teknik keji ini terbongkar. Secara nutshellnya bila mengundi pastikan;

1. Tiada catitan dilakukan ditepi senarai pemilih. Pegawai petugas hanya boleh memamgkah nama ada. Jika ada anda boleh membantah

2. Pada kertas undian juga tiada catitan boleh dilakukan. Kerap kali nombor IC anda diletakkan dibelakang kertas undian. This makes tracking your votes easier

Jangan jadi mangsa politik kejam. Ketahui hak anda ketika mengundi.

Laporan asal JonathanFun

Mari Naik Keretapi Di Bangladesh (12 Gambar)


Bila naik komuter on weekends aku nampak banyak warga Bangladesh. Banyak aku dengar diantara teman bertanya 

"Awat depa suka naik komuter?" 

This is true. Tak nampak sangat orang Bangladesh naik teksi or PUTRA. Well i guess maybe the pictures below can give you a clue. Banding dengan sistem keretapi yang ada di negara asal depa memang KOMUTER yang kita ada cukup mewah. Ada aircond bro! Aku sadis tengok gambar dibawah pasal mak angkut baby duduk depan train. Tak cuak anak jatuh ke? God bless Malaysia.We might not be the best nation but at least moms with babies wont have to dangle their kids like Michael Jackson dangled Blanket. #LOL 





Laporan asal Izismile 

MUZIUM GULAG STALIN DI KAZAKHSTAN (13 GAMBAR)

ISA versi Soviet! 

Joseph Stalin ialah antara tokoh kekejaman dunia dan juga merupakan bekas Ketua Kesatuan Soviet. Beliau pemimpin yang paranoid dan percaya ada orang dibawah beliau berkomplot untuk menjatuhkannya . Stalin menjadi paranoid kerana beliau sendiri menjatuhkan Leon Trotsky yang sepatutnya menggantikan Vladimir Lenin sebagai ketua Soviet. Keparanoidan beliau menyebabkan jutaan rakyat Soviet terseksa didalam kem tahanan politik yang juga lebih dikenali dengan namaGULAG. Gulag-gulag ini dibina diserata Soviet. Most of the time di tempat yang tiada orang mahu tinggal seperti Siberia. Mereka yang ditahan didalam Gulag akan dipaksa melakukan kerja keras seperti memecahkan batu dan membina jalanraya tanpa menggunakan alatan moden. Jika kamu disyaki sebagai agen Amerika sebagai contohnya, semua ahli keluarga kamu akan dicampakkan kedalam Gulag. Masalahnya tak semua yang dituduh bersalah dan kerap kali disumbatkan tanpa bukti sah. Yang perlu cuma suspicion dari pihak-pihak berkuasa. Dikatakan jika keluasan semua Gulang dikira, ianya mempunyai keluasan sebesar negara Perancis! Jumlah tahanannya pula seramai 6 juta orang. Dayyum! Dibawah ialah sebuah bekas Gulag di Kazakhstan yang kini menjadi muzium serta memorial keatas 5000 orang yang mati sepanjang kewujudannya. Really sad stuff. You know what else is sad? Di Korea Utara dan China masih wujud Gulang sebegini cuma diberikan nama "Reeducation Camp". Di Malaysia pun ada Gulag di Kemunting. Maybe the condition is not as fucked up but HOLDING SOMEONE WITHOUT TRIAL is still wrong. HapuskanISA. Hapuskan GULAG moden!







Laporan asal EnglishRussia 

Saturday, August 20, 2011

Petua Atasi Kulit Bersisik Dengan Nanas

 Masalah kulit bersisik sikit sebanyak memang membimbangkan. Kita juga kurang selesa dengan keadaan kulit bersisik ni, kan? Lebih-lebih lagi bagi yang ingin mendirikan rumahtangga lepas raya ni. Penjagaan kulit mestilah menjadi keutamaan. Oleh itu, bagi mengatasi masalah kulit bersisik, kita boleh gunakan nanas. Buah nanas mengandungi bromelin. Bromelin ni sejenis enzim berkhasiat yang membantu pembentukan kolagen agar kulit sentiasa kenyal dan muda.
Nanas juga kaya dengan vitamin A dan C yang berguna menyingkirkan sel kulit mati, mempercepatkan proses pembentukan sel serta menghilangkan noda pada kulit muka. Paling penting, ia semestinya dapat mengatasi masalah kulit bersisik. Petua kulit bersisik dengan nanas; 1. Sediakan 1/2 biji nanas. 2. Parut kesemua nanas tadi. 3. Gosokkan nanas yang telah diparut pada kulit yang bersisik ataupun mengelupas. 4. Kita boleh sapukannya pada waktu malam. Keesokan paginya, barulah dibasuh. Amalkan rawatan ini setiap hari. Teruskan sehinggalah kulit bersisik tidak lagi bersisik. =)

Tidur berbantalkan lengan suami

July 26th, 2010 at 10:22 am (Petua Rumah Tangga) Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan. Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang. Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif. Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya, tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang, ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda. (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)…FAKTA….sirius…. Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur. Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah shave ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita. so pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami? Suami-suami semua, adakah anda shave licin ketiak atau biarkan berbulu?

Mokhtar Dahari

Mokhtar Dahari julang nama Malaysia di arena antarabangsa Susunan oleh SHAHRIL ADZRIN MUNGKIN kini nama Malaysia tidak lagi gah di arena bola sepak antarabangsa jika hendak dibandingkan pada era 70-an dahulu. Malaysia pernah dilabelkan sebagai pasukan Asia yang handal dan sentiasa memberikan saingan dalam setiap perlawanan. Kebanyakan generasi muda sekarang tidak berpeluang menyaksikan aksi 'SuperMokh' di atas padang. Datuk Mokhtar Dahari atau 'SuperMokh' adalah lagenda pemain bola sepak kebangsaan Malaysia yang berasal dari Selangor.
Gelaran 'SuperMokh' yang diterimanya itu juga adalah kerana kehebatannya menjaringkan banyak gol sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak. Beliau juga telah mewakili Malaysia selama 13 tahun iaitu dari 1972 hingga 1985. Mokhtar telah dilahirkan pada 13 November 1953 di Setapak, Kuala Lumpur, hasil perkahwinan Dahari Abeng dan Maimon Sadikin. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan (1960-1965) dan Victoria Institution (1966-1970). Ketika beliau berusia 15 tahun, Mokhtar telah dihadiahkan sepasang but bola yang hanya berharga RM15 oleh ayahnya selepas menduduki Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 1968 atau lebih tepat dipanggil LCE pada ketika itu. Beliau amat menghargai pemberian itu sambil berkata: "Kasut but yang diberi oleh ayah saya hanya berharga RM15, tetapi ia amat bermakna dalam kerjaya bola sepak saya." Dengan kasut itulah beliau menempa nama sebaris dengan wira-wira bola sepak negara sebelumnya seperti Datuk Ghani Minhat dan Arthur Koh. Pada tahun 1971, Mokhtar telah mula mewakili pasukan Selangor dalam saingan Piala Burnley. Beliau juga pernah menyertai beberapa kelab bola sepak antaranya Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco dan Kwong Yik Bank. Beliau telah berkahwin dengan Tengku Zarina Tengku Ibrahim dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamad Redza, Nur Azera dan Nur Arina. Salah seorang anaknya, Mohamad Redza, juga mengikuti jejak langkah ayahnya apabila pernah mewakili negeri Selangor. Mokhtar merupakan pemain yang memiliki bakat semulajadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak dunia. Paling ketara adalah dikancah Pestabola Merdeka yang menjadi gelanggang beliau mempamer taring dan kehebatannya menembusi gawang lawan. Pada usia 23 tahun, Mokhtar yang lebih terkenal dengan jolokan 'SuperMokh' diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 1976. Kelebihan dimiliki 'SuperMokh' banyak dengan sepakan deras bak peluru menjadi elemen penting hinggakan tiga jari bekas penjaga gol negara, mendiang R. Arumugam, pernah patah ketika cuba menampannya. Malah penyerang ternama negara ini juga bijak dalam membaca gerakan lawan dan meloloskan diri dari kawalan pertahanan pihak lawan. Mokhtar telah membuat penampilan di padang bola sebanyak 167 kaps (penampilan), menjaringkan 117 gol dalam saingan Piala Malaysia dan 125 gol antarabangsa.

Tunku Abdul Rahman bertaruh nyawa tuntut kemerdekaan

Oleh AZEMAN ARIFFIN ALOR STAR: Mungkin ramai tidak tahu mengenai keberanian perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj mempertaruh nyawanya ketika beliau sibuk berkempen untuk menuntut kemerdekaan negara. Menurut anak lelaki tunggalnya Tunku Datuk Seri Ahmad Nerang Putra, kebanyakan orang Inggeris tidak menyukai bapanya, kerana kelantangan Tunku Abdul Rahman menuntut kemerdekaan negara. Almarhum Tunku Abdul Rahman menceritakan kepada anaknya mengenai satu insiden pada tahun 1954 yang membawa kebimbangan mengenai keselamatan nyawanya. Ketika itu Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai anggota Majlis Undangan Persekutuan dan memegang portfolio Hal Ehwal Pengangkutan. MENAIKI PESAWAT TENTERA BRITISH Dalam satu tugas rasminya Tunku Abdul Rahman terpaksa membuat rondaan udara dan beliau berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur Flying Club. Tunku Ahmad Nerang berkata bapanya mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila melihat hanya satu beg payung terjun disediakan di dalam pesawat Beaver itu sedangkan mereka dua orang, Tunku Abdul Rahman dan juru terbang tentera British itu. Katanya ketika di dalam penerbangan, juru terbang itu secara serius bertanyakan banyak soalan mengenai kedudukan British di Malaya selepas kemerdekaan dan mahu Tunku Abdul Rahman memberi jaminan tidak akan mengusir semua orang British di Malaya. "Tunku (Abdul Rahman) menjawab dengan bijak dan memberi jaminan bahawa Malaya masih memerlukan tentera British, walaupun selepas merdeka, terutama untuk mengatasi masalah komunis dan jaminan Tunku telah menenangkan juru terbang British itu," kata Tunku Ahmad Nerang. Beliau berkata selepas pesawat itu selamat mendarat, Tunku Abdul Rahman memberitahunya ada kemungkinan juru terbang itu keluar dari pesawat dengan payung terjun dan membiarkan bekas perdana menteri itu di dalamnya, sebelum terjunam jika almarhum tidak memberikan jaminan yang diminta. TUNKU TIDAK SUKA KAWALAN KESELAMATAN Tunku Ahmad Nerang yang kini berusia 76 tahun, dan menetap di Kuala Lumpur, menceritakan satu peristiwa lagi ketika beliau menjadi pemandu Tunku Abdul Rahman untuk berkempen dan bertemu rakyat di kawasan merah iaitu di Tanjung Malim Perak, Kuala Kubu Baharu di Selangor dan Raub di Pahang pada tahun 1954.
Katanya almarhum duduk di sebelahnya, sementara di belakang mereka ialah Tan Sri Khir Johari dan Tan Sri Syed Jaafar Albar. Sekeping gambar Rundingan Baling (Baling Talks) yang disifatkan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjadi epik dalam sejarah negara. Gambar itu menunjukkan Tunku Abdul Rahman diapit Ketua Menteri Singapura David Marshall dan Presiden Malayan Chinese Association-MCA Datuk Seri Tan Cheng Lock. -fotoBERNAMA "Jalan raya ketika itu sangat sempit dan beberapa buah kereta perisai menyertai rombongan bagi mengawal keselamatan dan saya memandu begitu dekat mengekori kereta perisai di hadapan," kata beliau. Setibanya di sebuah rumah rehat di Raub, seorang pegawai polis menemui mereka dan memberitahu Tunku Ahmad Nerang bahawa adalah berbahaya bagi mereka jika memandu terlalu hampir dengan kereta perisai. Tunku Ahmad Nerang berkata bapanya ketika itu terus menjawab: "Saya tidak perlukan kawalan, mereka yang di belakang saya (Khir Johari dan Jaafar Albar) sudah memadai." Selepas menyambung semula perjalanan, Tunku Abdul Rahman memberitahu mereka yang di dalam kereta itu bahawa beliau telah menerima surat daripada Ching Peng (pemimpin Parti Komunis Malaya) yang memberi jaminan keselamatannya dan menyokong perjuangan beliau untuk mendapatkan kemerdekaan negara. Tunku Abdul Rahman malah pernah meminta supaya polis dan tentera British tidak mengawal keselamatannya semasa beliau berkempen ke kawasan komunis di Johor, kerana bimbang kehadiran polis ketika beliau memasuki kawasan-kawasan merah, boleh mengancam nyawanya. Tunku Ahmad Nerang berkata sebagai membalas jaminan keselamatan itu, Tunku Abdul Rahman memberi jaminan pula terhadap keselamatan Chin Peng ketika rundingan Baling tahun 1956. CHIN PENG MOHON MAAF KEPADA TUNKU Ketika zaman prakemerdekaan, menaiki kereta api adalah berbahaya, tetapi ini tidak menakutkan Tunku Abdul Rahman. Tunku Ahmad Nerang menceritakan bagaimana semasa beliau menemani bapanya untuk berkempen dan bermesyuarat dengan menaiki kereta api dari Kuala Lumpur ke Butterworth, berlaku satu peristiwa yang mencemaskan. "Kereta api kami terpaksa berhenti di stesen Jalan Tapah kerana landasan kereta api di Tanjung Malim telah disabotaj komunis dan disebabkan itu kami terpaksa bermalam di dalam kereta api," kata beliau. Keesokan paginya barulah mereka sedar bahawa kereta api yang mereka naiki membawa ramai tentera British dan kereta api itu hampir diserang komunis. Tunku Abdul Rahman menerima sepucuk surat daripada Ching Peng yang memohon maaf atas kesukaran yang berlaku kerana tidak tahu beliau berada di dalam kereta api itu. TUNKU DISERANG PNEUMONIA Kerana terlalu sibuk bekerja siang dan malam, Tunku Abdul Rahman diserang sakit paru-paru (pneumonia) dan mendapatkan rawatan di Hospital Bangsar di Kuala Lumpur. "Satu peristiwa saya saksikan di hadapan mata ialah seorang jururawat kacukan Inggeris memberi suntikan kepada Tunku dan kemudian jururawat itu tergesa-gesa keluar, membiarkan sahaja jarum suntikan itu tercacak di punggung Tunku. "Syukurlah Tunku sendiri mengeluarkan jarum itu dari punggungnya dan kami terus beredar. Begitulah Tunku tidak popular dalam kalangan orang Inggeris kerana kelantangannya menuntut kemerdekaan negara," kata beliau. Bagaimanapun, doktor yang merawat Tunku Abdul Rahman ialah rakyat tempatan, bernama Dr Latiff dan satu daripada jalan di Hospital Kuala Lumpur itu dinamakan Persiaran Dr Latiff. KERETA TUNKU TERBENAM DALAM LUMPUR Tunku Ahmad Nerang berkata bapanya bekerja dan berkempen tanpa mengira hujan dan panas. Dalam satu peristiwa, kereta Tunku Abdul Rahman terbenam di dalam lumpur, kerana banjir di Johor Baharu pada tahun 1954. "Ketika itu terdapat budak-budak Melayu yang bersedia untuk menolak kereta dan meminta upah. Tunku memberi upah satu ringgit tetapi apabila mereka mengetahui kereta yang ditolak itu dinaiki Tunku, mereka tidak mahu mengambil upah," kata Tunku Ahmad Nerang. Dua buah kereta lain yang terbenam dan dinaiki Syed Esa Almashoor dan Syed Abdullah Alsagoff, turut ditolak oleh kanak-kanak itu, dan mereka dikenakan bayaran 20 sen setiap seorang. Begitu juga peritiwa ketika Tunku Abdul Rahman hendak bertemu rakyat dalam kempen menuntut kemerdekaan di Kangar pada tahun yang sama. "Ketika kami hendak keluar dari rumah di Alor Star, hujan turun dengan begitu lebat dan sebaik saja hujan reda, saya memandu kereta agak laju di jalan yang basah kerana Tunku tidak suka orang menunggu lama kehadirannya. "Kereta kami terbabas dan memasuki longkang di hadapan Kem Askar Melayu di Kepala Batas. Pengawal tentera di situ mengecam Tunku, dan meminta rakan tenteranya membantu menaikkan semula kereta, selepas itu kami meneruskan perjalanan dengan kereta yang rosak teruk," kata Tunku Ahmad Nerang. TUNKU TIDAK MAKAN Pada satu hari dalam tahun 1955 di Johor, Tunku Ahmad Nerang membawa bapanya berkempen seharian dari Johor Baharu ke Muar dan ke Batu Pahat, menemui orang dari kampung ke kampung, menaiki feri, melintasi sungai. Mereka berdua tiba di rumah di Johor Baharu pada lewat tengah malam dalam keadaan terlalu letih dan kelaparan kerana tidak makan. "Kami berdua terlalu letih dan lapar dan setiba di rumah tiada makanan pula kerana semua orang dalam rumah telah tidur. Saya terjumpa sebiji telur di dalam peti sejuk dan kemudian merebus telur itu. "Saya mengetuk pintu bilik Tunku dan bertanya adakah beliau mahu makan telur rebus itu, tetapi dengan linangan air mata, Tunku memegang kepala saya dan menyuruh saya memakannya," kata Tunku Ahmad Nerang. Katanya selepas beberapa hari kemudian, beliau berlepas ke Bombay, India bagi melanjutkan pengajian di Indian Military College. "Apabila saya tiba di Bombay, saya terbaca akhbar Indian Times mengenai kemenangan Parti Perikatan di Malaya dan Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya," kata Tunku Ahmad Nerang. BERNAMA http://mstar.com.my/variasi/manusia_...usia_peristiwa