Friday, September 9, 2011

Info : Kemalangan Paling Mahal Di Dunia


10.Titanic ($150 Juta)



Karamnya Titanic mungkin tragedi yang paling terkenal didunia, Hollywood pernah menghasilkan filem dari kejadian ini. Pada jam 11:40 malam 14 April 1912, peninjau kapal ini mengesan sebuah aisberg yang besar ketika berlayar di 400 batu ke selatan Grand Banks of Newfoundland. Tragedi Titanic melanggar aisberg semasa membuat trip percutian pertama mengorbankan 1500 hartawan. Kapal ini melibatkan kos $7 Juta untuk dibina dan antara yg paling mewah dan mahal ketika itu.($150 Juta Sekarang)


9. Tanker Truck vs Bridge ($358 Juta)



Pada 26 Ogos 2004 sebuah kereta berlanggar dengan sebuah lori tangki yang membawa 32 ribu liter minyak di Whiethel Brigde di Jerman. Lori tangki tersebut merempuh pagar dan terjatuh 100 kaki ke bawah Jambatan Authobahn Highway menyebabkan letupan besar yang memusnahkan “load-bearing” jambatan tersebut. Kerja2 sementara untuk membaiki Jambatan ini melibatkan $40 Juta dan kos menukarkan jambatan $310 Juta.


8. MetroLink Crash ($500 Juta)



Ianya berlaku pada 12 september 2008, jam 4.22 petang di daerah Chatsworth, Los Angeles telah dicatatkan sebagai kejadian kemalangan keretapi paling buruk di dalam sejarah California di mana 25 orang terbunuh dan 135 yang lain cedera. Kejadian berlaku apabila keretapi barang Union Pacific bertembung berhadapan dengan keretapi komuter Metrolink. Keretapi Metrolink dipercayai melanggar isyarat merah sebelum memasuki trek di mana keretapi barang berkenaan berada. Ianya berpunca dari kesilapan konduktor yang cuai membalas SMS serta tersalah memasuki laluan semasa pertukaran rail di Stesen California. Tindakan undang-undang dijangkakan melibatkan nilai lebih $500 juta.


7. B-2 Bomber Crash ($1.4 Billion)



B-2 Stealth Bomber. Ianya merupakan Pesawat Pengebom US Airforce paling mahal yang pernah dibina. The Spirit of Kansas ini pernah diterbangkan selama 5,176 jam. Dua orang krew yang sedang mengendali pesawat berkenaan terselamat sebelum ia terhempas. Kemalangan B-2 bomber berlaku di Guam Airbase pada Februari 2008 sejurus sahaja ianya berlepas. Pasukan penyiasatan membuat kesimpulan, ianya disebabkan oleh “Flight Computer System” dimana data arahan secara tiba-tiba mengarahkan Pesawat membuat “nose-up move” menyebabkan ianya hilang kawalan dan terjatuh. Ianya melibatkan sebuah B-2 Bomber dari 21 buah yg pernah dibina oleh US.


6. Exxon Valdez ($2.5 Billion)



Pada March 1989, Tumpahan lebih 10.8 juta gelen minyak di Teluk Prince William yang hanya boleh diakses hanya dengan bot dan helikopter. Ianya merupakan tumpahan minyak paling dahsyat dalam sejarah dunia moden. Kos pemulihan melibatkan $2.5 Billion yang ditanggung oleh Exxon.


5. Piper Alpha Oil Rig ($3.4 Billion)



Hari terburuk dalam sejarah minyak dunia. Ketika itu Piper Alpha Oil merupakan pengeluar minyak terbesar didunia dgn menghasilkan 317,000 per tong sehari. Kebakaran Pelantar Minyak paling buruk pernah terjadi di dunia ini terjadi pada 6 Julai 1988 kerja-kerja maintenance teknikal oleh Jurutera melibatkan lebih 100 “tiub valve” yang menyalurkan gas cecair. Kesilapan terjadi apabila salah seorang Technician terlupa untuk menukar 1 daripadanya. Pada pukul 10 malam, operasi itu dimulakan seperti biasa, apabila butang ditekan oleh pekerjanya, satu letupan dahsyat yang merekodkan sejarah dunia terjadi. Dalam masa 2 jam keseluruhan pelantar meletup dan terbakar menyebabkan 167 kehilangan nyawa.


4. Challenger Explosion ($5.5 Billion)



Pada 28 Januari 1986, NASA melancarkan Misi Kapal Angkasa Challenger, 73 saat selepas pelancaran ianya meletup di ruang udara. Hasil penyiasatan, ianya berlaku disebabkan faktor teknikal “faulty O-Ring” dimana ianya gagal untuk melindungi satu bahagian penyambungan, menyebabkan tekanan kepada Liquid Gas didalam tangki. Overload pada tekanan gas menyebabkan ianya keluar dan berlaku letupan yang dahsyat. Kos untuk menukarkan Space Shuttle tersebut, penyiasatan, pertukaran kelengkapan telah memakan kos hampir $5 billion.


3. Prestige Oil Spill ($12 Billion)



Pada 13 November 2002, Kapal yang dinamakan “The Prestige” membawa 77,000 tan minyak mentah dan kejadian bermula apabila 1 daripada 12 tangkinya meletup disambar kilat di perairan Galicia, Sepanyol. Akibat risau kapal akan tenggelam menyebabkan kapten meminta pertolongan dari pihak keselamatan Sepanyol untuk membawa kapal tersebut ke Pelabuhan berdekatan, tetapi pihak keselamatan tidak menghiraukan pertolongan dari kapten kapal The Prestige malah mengarahkan kapal itu keluar dari perairan mereka. Kapten kapal telah memohon pertolongan dari pihak keselamatan Perancis dan Portugal perkara sama juga terjadi. Laut semakin bergelora dan kapal Prestige itu tidak dapat diselamatkan ianya tenggelam ditelan laut menyebabkan 20 juta gelen minyak mentah ditumpahkan ke laut. Kos keseluruhan pemulihan sehingga kini masih dihitung dan dipercayai berjumlah $2.5 billion.


2. Space Shuttle Columbia ($13 Billion)



Masih anda ingat dengan kemalangan Kapal Angkasa Columbia? Ianya musnah ketika memasuki ruang udara bumi selepas melakukan ekspedisi angkasa di ISS pada 1 Februari 2003. Hasil penyiasatan menunjukkan kerosakan kecil di bahagian pelindung haba di sayap kiri Columbia menyebabkan ianya gagal menahan kesan suhu tinggi ketika memasuki ruang udara Texas akibat kelajuan yang terlampau tinggi. Semua 7 anggota crew STS-107 tersebut terbunuh. Kos membina Kapal Columbia yang berjumlah $2 bilion pada 1978 ($6.3 billion jumlah kini). $500 juta dihabiskan utk tujuan penyiasatan serta mencatatkan sejarah sebagai kos penyiasatan paling tinggi didunia.


1. Chernobyl ($200 Billion)



Pada April 1986 telah berlakunya malapetaka paling buruk di dalam sejarah dunia moden. Letupan Reaktor Nuklear Chernobyl, ianya kemalangan paling berkos tinggi di dunia. 50% kawasan Ukraine di Barat Russia terpaksa dikosongkan. Lebih 1.7 juta manusia mendapat kesan dari malapetaka ini, termasuklah mereka yang mendapat efek seperti kanser disebabkan radiasi. Beberapa tahun kemudian, dianggarkan 125,000 orang. Letupannya dianggarkan 400 kali lebih dahsyat dari bom yang dijatuhkan di Hiroshima pada Perang Dunia Kedua. Kemalangan di Chernobyl ini, menyebabkan prosedur dan standard keselamatan melibatkan Reaktor seluruh dunia dirombak dan diberi kajian semula.

 Tragedi 12 Oktober


Keluarga mengelilingi jenazah Allahyarham Bechek Bacok, 16. Beliau adalah mangsa pertama yang dibunuh Jaafar Patola.

Kejadian amuk yang berlaku di Kampung Parit Stan itu telah mengorbankan enam orang termasuk dua kanak-kanak.

LAGU 'Tragedi Oktober' nyanyian Awie cukup popular di kalangan anak muda pada awal 90-an, tetapi 13 tahun sebelum itu, pada bulan sama mencatatkan detik sejarah hitam penuh tragis bagi penduduk Kampung Parit Stan, Pontian, Johor.

Tragedi 12 Oktober 1981, pastinya sentiasa diingati sebagai pengajaran, teladan kepada generasi sedia ada selepas berlakunya peristiwa amuk oleh seorang lelaki yang mengakibatkan enam nyawa terkorban dan 30 lagi cedera.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10 pagi ketika kebanyakan penduduk Kampung Parit Stan, kira-kira 11 kilometer dari pekan Benut, keluar bekerja dan bersekolah manakala sebahagian penduduk yang bekerja sendiri turut memulakan tanggungjawab masing-masing.

Tanpa diketahui punca dan sebabnya, seorang penoreh getah dikenali sebagai Jaafar Patola, 35, mengamuk menghayunkan parang panjang dan menyerang dari rumah ke rumah.

Akibatnya, enam orang termasuk dua kanak-kanak tidak berdosa terbunuh sebelum lelaki terbabit turut menemui ajalnya pada hari yang sama selepas ditembak anggota Unit Kawalan Kawasan (UKK) yang mengejarnya ketika dalam perjalanan ke rumah mangsa seterusnya.


Ahli keluarga kepada seorang mangsa kanak-kanak memangku jenazah untuk dikebumikan.

Empat daripada mangsa mati di tempat kejadian manakala dua lagi ketika dalam perjalanan ke hospital.

Jaafar menyerang mangsa pertama dikenali sebagai Bechek dan selepas itu memasuki 10 rumah lain berdekatan yang kebanyakan terdiri daripada Orang Bugis dan Banjar.

Dia kemudian berlari ke Kampung Parit Rahman dan mengamuk di sana. Unit UKK yang dipanggil ke tempat kejadian bertembung dengan suspek dalam semak di Parit Hassan, dekat Tampok kira-kira sebatu dari Parit Stan.

Ketika terserempak dengan polis selepas hampir tiga jam mengamuk, Jaafar dikatakan masih cuba melawan polis dengan menghayunkan parang panjang di tangannya. Akibatnya, seorang anggota UKK Koperal Shamsuddin Mohyen, 37, cedera parah.


Mangsa dibawa menaiki ambulans untuk dihantar ke hospital.

Anggota unit UKK lain terpaksa melepaskan beberapa das tembakan bagi menghentikan tindakan ganas lelaki terbabit dan akhirnya Jaafar mati di tempat kejadian.

Sepanjang tempoh mengamuk, lelaki itu menghayunkan parang tanpa simpati termasuk mangsa yang mempunyai pertalian keluarga dengannya. Kebanyakan mangsa cedera di muka, bahu dan kepala akibat ditetak.

Seorang penduduk, Mohamad Nor Daing Mapunah, 40, yang turut menyertai pasukan 'memburu' Jaafar tidak menyedari rumahnya sendiri diserang hinggalah terdengar jeritan keluarganya dan mendapati bapa dan ibu mentua, isteri dan anaknya cedera ditetak.

Seorang bayi berusia tujuh hari, Noorliza Mohd Noor, terselamat ketika tidur dalam buaian dan ibunya, Becek Ambok Tang, 26, yang masih berpantang cedera parah di leher akibat ditetak.

Empat sekeluarga dalam rumah itu turut diserang termasuk ayah Becek, Ambok Tang Daeng Pengelak, 55, isterinya, Induk Memek, 45, Rabiah Ambok Tang, 24, Hayati Mohd Noor, 4, manakala tiga lagi sempat melarikan diri.

Jaafar dikatakan menggunakan parang untuk membuka pintu rumah mangsa yang tertutup dan selepas menyerang rumah itu, dia tidak menyedari ulu parangnya tercabut.

Selepas itu, dia lari menggunakan jalan rentas kebun kelapa dan ketika baru bergerak sejauh 250 meter, dia bertembung dengan pasukan UKK dan ditembak mati.

Kejadian itu turut menarik simpati banyak pihak termasuk Sultan Johor, Sultan Iskandar Alhaj, yang melawat kampung berkenaan bersama puteranya, Tengku Mahkota Johor, Tengku Ibrahim Ismail; Tunku Majid dan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ngah Abdul Rahman serta pegawai kerajaan negeri.

Baginda menziarahi penduduk dan bertanya khabar setiap mangsa dan pernah satu ketika mengarahkan doktor peribadinya merawat seorang kanak-kanak perempuan yang baru keluar hospital Johor Bharu.


INFO: Kampung Parit Stan 


Kira-kira 750 penduduk Kampung Parit Stan, kebanyakannya berkebun, bertani dan menoreh getah, menanam koko, pisang, pinang, kelapa.

Selepas tragedi, beberapa peruntukkan dicurahkan iaitu memasang pagar Sekolah Kebangsaan Semangat, membina pusat menyalai pisang serta beberapa peruntukkan kecil bernilai RM10,000 daripada Ahli Parlimen Pontian ketika itu, Ikhwan Nasir. Ia bertujuan meringankan beban penduduk serta menyokong usaha pemulihan segera.

Mangsa yang maut: 

1) Abdul Aziz Alwi, 1 1/2 tahun

2) Mohamed Karim Mohamed Yatim, 2 1/2 tahun

3) Lalak Seman, 28.

4) Mengmohtan Intang, 55,

5) Bechek Bacok, 16,

6) Ambok Tang Daeng Pengelek, 55.

Kuala Lumpur 1970

Jom imbau sejarah Kuala Lumpur..kepada sesiape yang pernah lalu jalan ni, mesti akan rase kagum dengan pembangunan yang terjadi dari tahun 70-an hingga kini..































This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1022x643.


trimassss